Tuesday, November 14, 2006

Democracy or Freemasonry?


Di Malaysia ini memang wujud Freemasonry, malah ada `Royal Pahang Freemasonry'.

Tahukah anda apa dan siapakah ahli Freemasonry?

Apa kaitan Freemasons dengan Dajjal al Masih, Yahudi, Zionisme, Israel, dan Bank-bank Yahudi. World Bank, IMF, dan peristiwa dan perjalanan dunia hari ini?

"Nufair.com - Buku Gerakan Freemasonry"

Apakah pengaruh Freemasonry ke atas Politik, Perundangan, Kehakiman, dan Ekonomi umat Islam?

Nampak macam kelab kebajikan seperti Lions Club, Rotary Club, atau juga dikenali Rotaract, tapi sebenarnya kelab-kelab ini semuanya adalah anak-anak kepada Freemasonry, pertubuhan Dajjal sedunia yang dianggotai oleh semua bangsa dan agama.

Malah, United Nations dikuasai oleh Freemasons.

Jika Zionisme diangotai oleh Yahudi (Jews) sahaja, Freemasonry dianggotai oleh pelbagai bangsa dan agama, Bahai pula ajaran baru yang juga ada kaitan dengan Dajjalisme.

Walaupun Freemasonry dikatakan bertentangan dengan Kristianiti, semuanya adalah ancaman kepada Islaam.

Malah wang ringgit US Dollar mempunyai simbol Piramid dan MATA SATU DAJJAL (Freemasons symbols and icons) - apa maknanya? Maknanya kita ini dikuasai oleh Yahudi dan saudara mereka Freemasons!

Lambang utama Freemasons adalah jangka dan sesiku (Compass and Square)

Slogan mereka adalah: "NOVUS ORDO SECLORUM" - New Secret Order = New world Order = Tatanan Dunia Rahsia Baru
*Pernah disebut oleh Bush

Selain itu, mereka mempunyai pelbagai ikon dan lambang yang pelik, dan mereka juga mengamalkan Sihir Kabbalah dan Penyembahan Syaitan.

Mereka mengatakan mereka percaya kepada Tuhan - tetapi konsep Tuhan bagi mereka adalah sesat - `The Great Architect of the Universe', `JahBuLon' dan `Lucifer' adalah pujaan mereka. Lucifer adalah nama bagi Iblis yang mereka anggap sebagai suci sebagai `bercahaya'.

Adakah anda menganggap Freemasons hanyalah Pertubuhan Kebajikan atau Kelab Elit yang tidak berunsur SUBVERSIF?

Kami katakan di sini - jika orang Islam terutama ahli PAS diserang oleh Kerajaan Malaysia seperti ke Memali, kenapa Kerajaan Malaysia membiarkan Freemasons ini bertapak dan mengukuhkan jaringan `dajjal' mereka di sini? Kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah dilakukan oleh Yahudi Zionis dan dibantu oleh barua-barua berbangsa Turki dan beragama Islam tetapi bertaat-setia dalam pertubuhan Freemasons dan agenda sekular Kamal Attaturk.

No comments: