Tuesday, February 10, 2009

PTPTN: 26,000 dilarang ke luar negara

KUALA LUMPUR 1 Okt. - Satu senarai mengandungi lebih 26,000 nama peminjam degil Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk menghalang mereka ke luar negara.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung berkata, mereka bukan sahaja tidak membayar balik pinjaman lebih daripada lima tahun malah tidak mengendahkan surat peringatan PTPTN.

"Peminjam degil ini sudah bekerja sama ada di dalam mahu pun di luar negara tetapi enggan menjelaskan pinjaman.

"Saya ingin memberi amaran bahawa mereka akan mengalami masalah semasa mahu balik ke Malaysia atau semasa mahu ke luar negara jika pinjaman tidak dijelaskan," kata beliau.

Sumber: Utusan Malaysia 2/10/09